Negeri Selangor ini agak luas dan merupakan sebuah negeri yang amat maju, maka pelbagai jenis tarikan pelancongan yang boleh didapati di sini. Dan negeri yang membangun pesat maka sudah tentu ekonominya dalam pelbagai sektor sampingan pelancongan seperti pemakanan, restoran, hotel, homestay, chalet, pakej pelancongan menarik dan sebagainya akan turut berkembang pesat.  Bagi memudahkan kita melancong kelah, jom kita tengok senarai penuh tempat-tempat menarik di Selangor mengikut 9 Daerah.

>>Cari Hotel Terbaik di Selangor<<

image

 

Tempat Menarik di Daerah Petaling & Shah Alam

  • Menarik: Tempat Berbuka Puasa menarik di Shah Alam 2015 – Promosi

Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor dan terletak di dalam daerah Petaling. Beberapa bandar utama yang ada di dalam Daerah Petaling selain Shah Alam ialah Petaling Jaya dan Subang Jaya. Senarai tempat pelancongan di Daerah Petaling lebih banyak di mukim/kawasan Shah Alam. Dan tempat menarik di Selangor pada waktu malam yang paling best kebanyakannya berada di sini terutamanya I-City Shah Alam.

  • Jom Baca: Percutian ke Tempat Menarik di Shah Alam
  • Jom Baca: Senarai Tempat Makan Best di Shah Alam, pilihan Jalan Jalan Cari Makan TV3 

Senarai Tempat Menarik di Shah Alam.

  • Masjid Sultan Salhuddin Abd Aziz Shah (Masjid Shah Alam)
  • Skytrex Adventure
  • Aviax (Aviation Experience Flight Simulator)
  • Mudtrekkerz Paintball Park
  • Laman Seni Shah Alam
  • Wet Water Park Shah Alam
  • Shah Alam Lake Garden
  • Denai Alam Riding & Recreation Club (DARC)
  • Taman Botani Negara, Bukit Cherakah
  • Muzium Sultan Alam Shah
  • I-City Shah Alam

Tempat menarik di Petaling Jaya

  • Summit USJ, Petaling Jaya
  • Sunway Lagoon/Pyramid, Petaling Jaya
  • One City Mall, USJ, Petaling Jaya

Tempat Menarik di Daerah Klang

Daerah Klang merupakan kawasan perdagangan yang amat pesat dan dekat dengan pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, jadi kalau nak membeli barang pada harga borong, jangan lupa untuk singgah di Plaza GM Klang. Di Dalam Daerah Klang juga terdapat kawasan pelancongan pesisir pantai yang agak menarik seperti Tanjung Harapan dan Pulau Ketam.

  • WISMA GM, Klang
  • Escape Room,Taman Botanic, Klang
  • Tanjung Harapan
  • Taman Rakyat
  • Taman Pengkalan Batu
  • Terminal Star Cruise
  • Padang Sultan Suleiman
  • Taman Bandar Diraja
  • Taman 100
  • Pulau Ketam
  • Pelabuhan Klang
  • Dataran Seni
  • Taman Tugu Keris
  • Jalan Tengku Kelana

Tempat Menarik di Daerah Kuala Selangor

Tempat menarik di Kuala Selangor adalah lebih kepada destinasi bersejarah, lepak-lepak, rekreasi dan tempat makan yang eksotik seperti mentarang bakar.

  • Bukit Melawati
  • Kelip-kelip Kampung Kuantan
  • Taman Alam Kuala Selangor
  • Pantai Remis Sungai Sembilang
  • Homestay Sungai Sireh
  • Jom Memancing
  • Kelab Golf Diraja Kampung Kuantan
  • Taman Ikan Air Tawar Selangor

Tempat Menarik di Daerah Hulu Selangor

Dah nama pun Hulu maka kawasan Hulu Selangor ini juga seperti di Hulu Langat, menempatkan pelbagai tarikan pelancongan yang lebih kepada kawasan rekreasi, air terjun dan kolam air panas.

  • Sg Inki, Kalumpang
  • Air Terjun Semangkuk
  • Santuari Ikan Kelah, Sg Chiling
  • Rumah Rehat Gap
  • Rest House Seri Berkat, Bkt Fraser
  • Kawasan Rekreasi Sg Kedondong, Batang Kali
  • Air Terjun Sg Sendat, Ulu Yam
  • Taman Milenium, Kuala Kubu Baru
  • Rest House KKB
  • Hutan Lipur Pelajaran, Sg Kedondong
  • Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
  • Air Terjun Serendah
  • Kolam Air Panas Kerling, Kerling
  • Tapak Sukan Lasak, Kalumpang

Tempat Menarik di Daerah Hulu Langat

Daerah Hulu Langat merangkumi bandar-bandar lain seperti Kajang, Cheras (Selangor) dan Hulu Langat. Di daerah Hulu Langat juga lebih menawarkan tempat menarik yang lebih kepada kawasan rekreasi, piknik dan berkelah. Sememangnya satu daerah yang menawarkan tempat menarik di Selangor untuk berkelah yang banyak.

  • Air Terjun Sungai Gabai, Bt 21, Sungai Lui, Hulu Langat
  • Sungai Tekala, Hulu Langat
  • Sungai Pangsun Batu 22, Hulu Langat
  • Hutan Lipur Sungai Congkak, Bt 20 1/4, Kampung Padang, Hulu Langat.
  • Kolam Air Panas, Bt 15 1/2 Dusun Tua, Hulu Langat.
  • Kolam Air Panas Sungai Serai, Batu 11, Hulu Langat.
  • Kelab Golf Sg Long
  • Oistrich Wonderland
  • Tasik Chempaka
  • Gunung Nuang
  • Bukit Broga

Tempat Menarik di Daerah Kuala Langat

Banyak muzium dan tempat bersejarah di DaerahKuala Langat yang sesuai untuk dilawati ketika rombongan sekolah atau lawatan sambil belajar. Dantarikan pelancongan yang paling popular di antara senarai di bawah ini semestinya Pantai Morib.

  • Balai Polis dan Penjara Jugra
  • Pejabat Daerah Lama Kuala Langat
  • Stor Tempat Simpan Peluru
  • Kampung Sungai Lang
  • Hatters Castle, Pulau Carey
  • Istana Bandar
  • Masjid Bandar
  • Istana Long Puteri / Maimun
  • Istana Jugra
  • Makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Jugra
  • Tapak Jeti (Pengkalan Batu Hampar, Jugra)
  • Tugu Peringatan Tentera India
  • Pantai Morib
  • Pantai Kelanang
  • Pantai Tanjung Rhu Pulau Carey

Tempat Menarik di Daerah Gombak

Daerah Gombak ini terletak di arah utara selangor dan lebih kearah kawasan hutan yang menuju ke sempadan Negeri Pahang. Jadi tarikan flora dan fauna serta hutan simpan menjadi tarikan utama di sini.

  • Pusat Penerangan Pelancongan (TIC), Batu Caves
  • FRIM
  • Empangan Batu
  • Muzium Orang Asli
  • Batu Caves
  • Gua Damai
  • Hutan Lipur Bukit Lagong
  • Hutan Lipur Sg Tua
  • Hutan Rimba Kanching
  • Hutan Rimba Templar
  • Taman Rimba Komenwel
  • Tasik Biru Kundang

Tempat Menarik di Daerah Sabak Bernam

Tarikan pelancongan di Sabak Bernam, Selangor mungkin tidak sehebat di Shah Alam atau di Kuala Selangor, namun di sini juga ada beberapa tempat menarik yang sesuai untuk dilawati sekiranya anda ingin lebih mendalami industri pelancongan di Negeri Selangor.

  • Pantai Bagan Nakhoda Omar
  • Bagan Nakhoda Omar
  • Kelong Paradise
  • Muzium Daerah Sabak Bernam
  • Pantai Batu 23, Sg. Nibong
  • Pekan Sungai Besar
  • Masjid Jin
  • Pusat Pemerhatian Enggang
  • Ladang Mangga, Sungai Limau
  • Pasar Sungai Haji Dorani
  • Lubuk Pusing

Tempat Menarik di Daerah Sepang

>>Cari Hotel Terbaik di Selangor<<

Sepang dan pokok sawit memang cukup sinonim. Dan Daerah Sepang ini menempatkan kawasan pelancongan yang sangat popular walaupun kuantitinya sedikit.

  • KLIA
  • Litar Sepang
  • Pantai Bagan Lalang

 

Masjid Jin is located at the Kampung Panchang Bedena, Sungai Besar. It is about kilometres from Pekan Sungai Besar.

Masjid Jin is located at the Kampung Panchang Bedena, Sungai Besar. It is about kilometres from Pekan Sungai Besar.