Melaka merupakan negeri yang kaya dengan tarikan tempat bersejarah dan mercu tanda yang diperakui menarik di peringkat dunia. Destinasi di bawah merupakan semua tempat menarik di Melaka yang boleh anda kunjungi apabila melancong ke sini kelak.

 Semua senarai destinasi pelancongan di Melaka telah dipecahkan dalam kategori seperti tempat bersejarah, tarikan zoo, tarikan pulau pantai, taman temadan juga termasuk tempat makan menarik bagi memudahkan pembaca untuk hadam maklumat.

Tempat Bersejarah dan Muzium di Melaka20150909112230617

muzium kapal selam di melaka

St.Paul’s Hill (A’Famosa) – Merupakan tempat bersejarah di Melaka yang paling popular iaitu kubu A’Famosa. Kubu pertahanan ini dibina sejak penjajahan Portugis 500 tahun yang lalu.  Terdapat juga sebuah gereja di sini dan statu St. Francis Xavier.

Muzium Kesultanan Melayu Melaka – Merupakan sebuah replika Istana Sultan Melaka pada kurun ke 15. Senibina bangunan istana ini memang sangat unik dan di dalamnya menempatkan beberapa galeri tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Muzium Samudera (Flora de la Mar Maritime Museum) – Sebuah muzium yang unik dan segala pameran ditempatkan di dalam replika kapal perang Potugis. Terletak tidak jauh dari Jonker Street.

Melaka Stamp Museum – Bangunan ini dulunya dikenali sebagai Muzium Lama Melaka atau Sekolah Gambar dan asalnya adalah sebuah rumah kediaman untuk para pembesar Belanda di Kota Melaka. Kini menjadi muzium yang menempatkan ratusan koleksi setem lama dan sejarah setem.

Muzium Kapal Selam(Submarine Museum) – Bagi yang ingin merasai berada dalam kapal selam yang sebenar, bolehlah datang ke sini. Kapal selam lama ini masih dalam keadaan yang baik dan di dalamnya mempunyai aircond.

Muzium Budaya Cheng Ho (Cheng Ho Cultural Museum) – Pengaruh China di dalam kebudayaan dan agama orang Melaka dulu-dulu memang sangat ketara. Salah satu tempat yang ideal untuk anda datang ke sini melihat sendiri informasi bersejarah tentang pengembaraan Cheng Ho ke Melaka. Cheng Ho juga merupakan seorang Islam dan di sini anda boleh lihat banyak replika kapal, arca, tembikar China dan pameran.

The Stadthuys – Asalnya merupakan sebuah pusat pentadbiran kolonial Belanda di Melaka. Sekrang bangunan bersejarah ini menempatkan pelbagai informasi berkenaan Melaka dari era Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah era penjajahan Portugis, Inggeris dan juga Belanda.

Muzium Senibina Malaysia (Architecture Museum of Malaysia) – Sebuah muzium yang menempatkan pelbagai replika rumah lama Melayu di Melaka. Lebih tertumpu kepada sejarah senibina rumah dan perkakasan untuk membina rumah orang dulu-dulu. Bangunan muzium ini merupakan sebuah bangunan Belanda yang lama dan mempunya 2 tingkat.

Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park – Merupakan sebuah taman kebudayaan yang menempatkan rumah tradisional dari dalam Malaysia dan juga dari negara Asean yang lain. Setiap rumah dibina pada skala yang asal dan di dalamnya dihiasi dengan perabut bertemakan budaya negeri ddan negara masing-masing.

Independence Monument Museum – Sebuah bangunan lama ketika era penjajahan Inggeris yang merupakan asal usul tempat pengumuman hari kemerdekaan Malaysia sebelum pengumuman di Kuala Lumpur.

Muzium Dunia Melayu dan Islam (Malay and Islamic World Museum) – Sebuah muzium yang menempatkan pelbagai barangan bersejarah Melayu dan Islam dari segi budaya, kehidupan seharian, replika masjid, naskah Al-Quran, senjata perang seperti keris dan sebagainya.

The Melaka Islamic Museum – Muzium ini merupakan sebuah bangunan lama yang dahulunya menempatkan Badan Islam Melaka dan menempatkan pelbagai informasi dan bahan sejarah seperti pakaian, barang kemas, Al Quran lama dan garmbar yang berkaitan dunia Islam khususnya di Melaka.

Kite Museum – Muzium Layang-Layang merupakan sebahagian daripada sebuah kompleks bagunan yang menempatkan 3 buah muzium yang berbeza. Satu aras menempatkan sejarah layang dan pelbagai permainan tradisional yang ada di Melaka. Di galeri lain menempatkan sejarah pelbagai etnik yang tinggal di Melaka.

Baba & Nyonya Heritage Museum – Merupakan sebuah muzium persendirian 4 generasi yang memaparkan pelbagai barangan, pakaian, barangan kemas dan perkakasan kaum Baba & Nyonya. Muzium ini merupakan sebuah kediaman milik Baba Chan Cheng Siew yang bermula sejak tahun 1865-1919 dan kini dikendalikan oleh generasinya yang ke 4.

Straits Chinese Jewelry Museum Malacca – Sebuah lagi muzium yang memaparkan pelbagai barangan dan perkakasan msyarakat Peranakan baik dari segi pakaian, perabut antik, hiasan arca dan yang paling menjadi tumpuan di sini ialah galeri barangan kemas intan permata yang pasti memukau pengunjungnya.

Villa Sentosa (Malay Living Museum) – merupakan sebuah rumah lama orang Melayu yang menempatkan pelbagai barangan dan informasi bersejarah budaya orang Melayu. Menjadi tumpuan utama pelancong asing untuk lebih mempelajari cara hidup dan budaya orang Melayu di sini. Yang menariknya di sini terdapat senaskah Al-Quran yang berusia lebih seratus tahun.

The Li Chi Mao Art House – Sebuah galeri kecil yang memaparkan hasil karya lukisan Li Chi Mao, seorang pelukis dari Taiwan. Seni lukisan yang ada di sini dilukis dengan menggunakan teknik orang China lama iaitu berus dan juga cat dakwat hitam.

Malaqa House – Sebuah lagi rumah lama Baba dan Nyonya yang menempatkan pelbagai barangan hiasan dalaman, pakaian dan perabut lama. Sekiranya anda nak alami budaya kehidupan orang Peranakan di Melaka, bolehlah datang ke sini dan masuk pun percuma.

Jonker Bird House – Merupakan tempat penjagaan burung walet dan pengunjung boleh belajar dengan lebih dekat proses sarang burung walet yang sangat popular di Malaysia. Pengunjung juga berpeluang merasa sendiri makanan ini dengan harga yang berpatutan mahupun produk sarang burung yang lebih mahal.

Toy Museum Melaka – Sebuah galeri yang mempunyai ratusan kolek patung permainan samada untuk kanak-kanak ataupun golongan muda. Antara yang mencuri tumpuan patung permainan dari movie popular seperti Harry Potter, Batman, Avatar, Ironman dan banyak lagi.

Tarikan Zoo dan Taman Binatang di Melaka

zoo-melaka

 

Zoo Melaka & Night Safari – Satu-satunya Zoo yang besar di Melaka untuk melihat pelbagai jenis binatang buas yang dibawakan khas dari dalam dan luar negara. Night Safari di Zoo Melaka merupakan salah satu aktiviti menarik di Melaka pada waktu malam yang boleh anda datang bersama keluarga untuk melihat gelagat binatang buat di waktu malam.

Wildlife Theatre Melaka – Animal show atau persembahan binatang liar seperti singa laut, burung kakak tua dan binatang blue tongue skink yang pasti membuat penonton teruja melihat gelagat binatang-binatang ini. Terdapat juga persembahan kebudayaan yang ikonik iaitu Borneo Warrior bagi memeriahkan lagi suasana di sini.

Taman Buaya Melaka – Sebuah taman yang menempatkan lebih 100 ekor buaya pelbagai spesis dalam dan luar negara. Selain buaya ada juga tarikan binatang lain di sini dan juga taman rekreasi air.

Taman Burung Melaka – Taman Burung di Melaka ini terletak berdekatan dengan Taman Botani di Ayer Keroh. Taman ini terbuka dengan laluan jalan kaki atau dikenali dengan skywal setinggi 12 meter dari tanah. Tidaklah sebesar Taman Burung di KL namun tetap menempatkan pelbagai spesis burung dalam dan luar negara yang tidak kurang menariknya

Taman Rama-Rama & Reptilia – Destinasi tarikan di Melaka yang cukup popular sejak 1991 dengan menempatkan pelbagai spesis rama-rama, burung dan juga ular-ular. Kalau nak tengok rama-rama terbesar di dunia (11 inci) dari jenis Queen Alexandra’s Birdwing (Ornithoptera alexandrae), bolehlah ke sini.

Coral Wonderland – Sebuah lagi aquria yang terletak di Dataran Pahlawan Mall, aras 4 di Bandar Hilir Melaka dan menempatkan pelbagai jenis terumbu karang, tapak sulaiman dan ikan laut dalam yang berwarna warni. Pengunjung juga boleh pegang sendiri beberapa hidupan marin di sini. Satu tempat menarik di Melaka yang sesuai untuk habiskan masa dengan anak-anak selepas makan di foodcourt Dataran Pahlawan Mall.

The Shore Oceanarium – Sebuah aquaria yang tidak sebesar Aquaria KLCC namun mempunyai koleksi ikan dan terumbu karang yang juga tidak kurang menariknya. Terletak di The Shore Shopping Mall di aras 2.

Pantai & Pulau Menarik di Melaka

tempat pelancongan di melaka

Pantai Klebang – Pantai rekreasi yang sangat popular di Melaka. Kalau teringin nak makan petang dan bersantai dengan cendol ataupun coconut shake, maka sinilah jawabnya. Di sini juga terletak satu hotel unik yang popular yang dikenali dengan Bustel ( Bas + Hotel).

Pantai Puteri Melaka – Bagi yang nakkan pantai yang kurang ramai orang terutamanya di hujung minggu, bolehlah ke sini. Tidak jauh dari Pantai Puteri, terletaknya makan laksamana Melayu yang tersohor, Hang Tuah.

Pantai Tanjung Bidara – Pantai perkelahan yang terletak hanya beberapa minit dari Bandar Masjid Tanah. Mempunyai permukaan pantai yang landai dan kemudahan awam yang lengkap. Di kelilingin dengan perkampungan nelayan yang kaya dengan sumber laut yang segar.

Pantai Pengkalan Balak – Pantai yang bersambung dengan Pantai Tanjung Bidara yang juga mempunyai permukaan pantai yang landai dan menarik untuk berkelah. Lokasinya juga dekat dengan Kem Tentera Terendak.

Pantai Padang Kemunting – Juga merupakan pantai rekreasi di Melaka dan popular dengan penyu. Di sini terletaknya Pusat Penetasan Penyu Karah yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Negeri Melaka.

Pulau Besar – Pulau yang terletak 3 batu nautika dari Bandar Hilir Melaka ini sering menjadi destinasi mereka yang nakkan kawasan berlibur yang jauh dari kesesakan orang samaada untuk berkelah atau untuk aktiviti bercamping. Perjalanan menaiki feri ke Pulau Besar hanyalah kurang sejam dari jeti Jeti Umbai ataupun jeti Anjung Batu. Di sini juga terdapat resort dan villa untuk disewa seperti Putera Island Resort dan Villa Pulau Besar.

Pulau Umpeh – Merupakan sebuah pulau kecil yang kini menjadi pusat santuari penyu jenis Hawksbills. Penyu ini datang bertelur di Pulau Umpeh antara March sehingga Jue setiap tahun dan ketika ini ramai pelancong yang datang untuk melihat spesis penyu yang hampir ditelan kepupusan. Di sini terdapat sebuah resort yang terbiar dan untuk datang ke sini sebaiknya ambil water taxi di Taman Rempah yang bersebelahan dengan Jambatan Hang Jebat.

Kepulauan lain di Melaka – Selain Pulau Besar dan Pulau Umpeh, terdapat juga pulau-pulau kecil lain di Melaka seperti Pulau Hantu, Pulau Serimbun, Pulau Lalang, Pulau Dodol, Pulau Nagka, Pulau Hanyut, Pulau Undan, Pulau Burung (Peringgi), Pulau Menatang dan Pulau Jawa. Namun kebanyakannya tidak berpenghuni, ada yang berfungsi sebagai rumah api dan masih belum dibangunkan lagi sebagai produk pelancongan di Melaka.

Taman Tema & Hiburan di Melaka

tempat menarik di melaka wonderland

Taman Tema A Famosa Resort – Satu tempat menarik di Melaka yang sangat sesuai untuk datang bersama dengan anak-anak. Taman tema air yang mempunyai banyak permainan air yang best. Lengkap dengan penginapan resort, safari dan kemudahan lain.

Melaka Wonderland – Satu lagi taman tema air di Melaka yang turut menjadi pilihan pengunjung untuk bermain air dengan keluarga terutamanya anak-anak.

Melaka Alive – Konsep persembahan kebudayaan dan sejarah Melaka yang menggabungkan elemen teater dan teknologi terkini untuk menceritakan kepada penonton tentang sejarah kegemilangan negeri Melaka. Satu tarikan terbaru 2015 di sini yang baru dibuka ialah Pirate Adventure.

Taman Tema Sungai Melaka (Melaka River Pirate Park)  – Satu tempat menarik di Melaka pada waktu malam yang popular dan merupakan sebuah taman tema yang ada di tepi Sungai Melaka yang menempatkan beberapa permainan menarik seperti Ferris Wheel , Flying Fox, Pirate Ship, Rock Climbing, Bungee Trampoline, Mad Cow dan Haunted Castle. 

Taman Tema Air Laman Tiga Budaya – Taman tema air yang terletak di Lama Tiga Budaya, Asahan. Kolam dan taman tema airnya tidaklah sebesar di Melaka Wonderland dan ianya lebih sesuai untuk kanak-kanak. Sesuai sebagai satu tempat menarik di Melaka untuk dilawati bersama keluarga dan anak-anak sambil mandi manda.

Galeri Rumah Terbalik Melaka – Satu tarikan baru yang ada di Melaka yang terletak di Plaza Mahkota, Bandar Hilir Melaka. Ambik gambar dengan suasana sekeliling yang terbalik pasti sesuatu aktiviti yang unik untuk dicuba di Melaka.

Tempat Shopping Best di Melaka

tempat menarik di melaka pada waktu malam

Melaka mempunyai beberapa tempat menarik untuk membeli belah samaada untuk cenderahati atau untuk membeli barangan keperluan harian.

Dataran Pahlawan Megamall Melaka – Sebuah shopping mall yang bersebelahan dengan Melaka Raya Mall dan bersambungan dengan Hotel Hatten melalui jambatan di aras 2. Mempunyai banyak lot kedai untuk shopping dan juga tempat makan yang menarik. Di dalam terdapat sebuah tempat membeli barangan cenderahati yang popular iaitu Heritage House.

Jonker Walk – Tempat membeli ala pasar yang sesuai untuk mencari barangan cenderahati, barangan antik dan kraftangan. Banyak gerai dibuka di sepanjang Jonket Street dan kebiasaanya ditutup lewat malam pada hujung minggu.

Mahkota Parade – Sebuah lagi shopping mall di Melaka yang popular dengan ciri reka bentuk Portugis & Belanda, namun tidaklah sebesar Dataran Pahlawan Mall. Di sini juga ada shop lot untuk membeli belah, foodcourt dan restoran makan yang beraneka pilihan.

Mydin Hypermarket – Merupakan destinasi membeli belah di Melaka yang popular untuk mencari barang harian ataupun untuk makan-makan.

Tarikan Alam Semulajadi di Melaka

tempat menarik di melaka untuk family day

Air Terjun Asahan – Salah satu air terjun yang sesuai untuk berkelah bersama dengan keluarga yang terletak di Laman Tiga Budaya. Juga dikenali dengan Air Terjun Gunung Ledang.

Taman Rekreasi Air Panas Jasin – Juga dikenali sebagai Jasin Hot Springs Recreational Park yang terletak di terletak di Kampung Ayer Panas merupakan kolam air mineral yang panas semulajadi yang baik untuk kesihatan kulit.

Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang – Terletak hanya 20 km dari bandaraya Melaka, merupakan sebuah produk agro pelancongan yang popular di Melaka. Kemudahan penginapan juga tersedia dan yang paling best di sini adalah ke kebun buah dan merasai kemanisan buah segar dari ladang.

Kolam Air Panas Gadek – Sebuah kolam air panas semulajadi yang terletak di Alor Gajah dan kira-kira 30 km dari bandar utama Melaka. Kandungan sulfurnya yang semuljadi dipercayai boleh mengubati penyakit kulit dan baik untuk peredaran darah. Suhu purata air panas di sini sekitar 56 darjah celsius. 

Taman Botanikal Melaka – Taman yang dahulunya dikenali dengan Taman Rekreasi Ayer Keroh menempatkan pelbagai taman tumbuha seperti Taman Keladi, Taman Buluh, Taman Orkid dan Taman Herba di dalam kawasan seluas 90 ekar. Terdapat juga chalet di sini sesuai untuk aktiviti bercamping, kem motivasi dan berkhemah. Dengan kemudahan yang ada semestinya Taman Botanikal Melaka satu tempat menarik di Melaka untuk family day.

Mercu Tanda di Melaka

tempat bercuti di melaka

Masjid Selat – Masjid di atas Selat Melaka yang dibina dengan aggaran kos 10 juta ringgit. Kalau waktu air laut pasang, ianya kelihatan seolah-olah terapung. Terletak di pulau buatan manusia iaitu di Pulau Melaka. Pemandangan masjid ini pada waktu malam sememangnya sangat indah terutamanya ketika metahari melabuhkan tirai di kala senja.

Kampung Mortem – Perkampungan Melayu yang masih mengekalkan ciri-ciri kebudayaan Melayu. Sering menjadi tarikan utama pelancong luar negara untuk lebih mendekati senibina rumah orang Melayu asli.

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka – Merupakan sebuah replika air di muara Sungai Melaka dan yang terbesar di Malaysia berdiameter 13 meter yang dibina pada tahun 2008 bertujuan sebagai ikon kepada muara Sungai Melaka yang pernah menjadi pelabuhan terpenting ketika era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Dataran Keris – Merupakan sebuah replika keris gergasi yang terdapat di Alor Gajah. Mercu tanda replika yang sangat popular di Melaka ibarat Dataran Lang di Langkawi. Sesuai datang ke sini untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Aktiviti menarik di bandar Melaka yang lain

tempat menarik di bandar hilir melaka

Menara Taming Sari – Tempat menarik di Melaka yang agak baru dan terletak di sebelah Dataran Pahlawan Bandar Hilir. Pengunjung boleh menaiki menara ini yang menampakkan pemandangan kota Melaka dari aras yang tinggi. Menara ini akan naik secara berpusing 360 darjah.

Melaka Duck Tour– Satu tarikan menikmati keindahan bandaraya Melaka yang sangat unik. Anda menaiki kenderaan dua alam yang bermula dari Dataran Pahlawan dan seterusnya kenderaan ini akan memasuki air Pulau Melakamenyusuri Selat Melaka dan muara Sungai Melaka.

Melaka River Cruise – Salah satu aktiviti wajib bagi pengunjung yang datang ke Melaka untuk menyusuri Sungai Melaka melihat keindahan kota Melaya dari bot. Waktu terbaik untuk menaiki ialah pada waktu malam kerana kurang panas dan pemandangan lampu-lampu lebih menarik.

Menaiki Beca Roda Tiga Berhias – Salah satu alternatif untuk melihat keindahan bandar Melaka ialah dengan beca roda tiga. Pemandu beca juga boleh membantu anda membawa dan mengenali tempat-tempat menarik di Melaka yang terkenal dengan lebih mudah.

Monorel Pelancongan Sungai Melaka – Pelancong juga boleh menaiki monorel yang dibina khas untuk menikmati keindahan bandar Melaka dan Sungai Melaka.

Hop on Hop Off Bus – Salah satu cara untuk bergerak di bandar Melaka ialah dengan menaiki bas hop on hop off yang lebih fleksibel dan mudah untuk pelancong ke sesuatu tempat menarik di bandar Melaka.

Tempat Menarik di Melaka untuk makan-makan yang MESTI cuba

tempat makan best di melaka

Makan Malam di Medan Ikan Bakar – Melaka memang cukup terkenal dengan ikan bakar dan nasi lemaknya. Terdapat beberapa tempat menarik untuk makan sedap-sedap di sekitar Melaka seperti di bawah (rujukan penuh di sini):

  • Medan Ikan Bakar Sungai Duyong
  • Ikan Bakar Parameswara Umbai Melaka
  • Medan Ikan Bakar Serkam Melaka
  • Medan Ikan Bakar Alai di Crystal Bay

Kedai Pilihan JJCM TV 3 – Makan-makan di restoran yang pernah menjadi pilihan Jalan Jalan Cari Makan TV 3 di Melaka seperti: (artikel penuh di sini )

  • Roti Canai Kayu Arang
  • Restoran Nasi Beriyani Haji Tamby
  • Berkat Roti John Asli dan Ayam Golek
  • Qasreena Cafe
  • Restoran Mohd Aini
  • Aida Rich Cafe

Semoga panduan senarai tempat menarik di Melaka yang padat ini memudahkan anda untuk bercuti kelak. Sila share sekiranya ianya membantu merancang perjalanan anda. Wassalam. :)